Perutusan Jurutera Daerah

Ditulis pada .

"TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU "

" MENTRANSFORMASIKAN JKR"

Assalamulaikum, Salam 1 Malaysia, Salam 1 Terengganu,Salam 1 JKR dan Salam 1 Setiu

Selamat datang ke Laman Web JKR Daerah Setiu serta Salam TTB

Alhamdulilah, Laman Web JKR Daerah Setiu  ini adalah merupakan gerbang utama informasi berkaitan dengan JKR Daerah Setiu bagi memberi kemudahan kepada pengguna terutamanya 'stakeholders' JKR bertepatan dengan kepesatan dunia tanpa sempadan dan transformasikan budaya kerja JKR dan menepati dasar terkini Kerajaan Negeri iaitu Transformasi Terengganu Baharu.                  

Segala maklumat berkaitan fungsi, aktiviti jabatan serta perkhidmatan yang berkaitan terutamanya berkaitan kerja-kerja sebutharga yang dilaksanakan Jabatan diharap dapat dicapai oleh pengguna melalui laman web ini dengan cepat dan tepat. Ianya boleh diakses dimana jua mereka berada melalui hujung jari sahaja.

Apa yang penting, proses pengemaskinian berterusan sentiasa dilaksanakan bagi memastikan pengguna mendapat info dan berita terkini tentang JKR Daerah Setiu dan menjadi alat mesra pengguna selain daripada dapat memenuhi inspirasi TTB iaitu 8 prinsip TTB.

 Sekian,

  Ir. Mohd Napi bin Muda

Jurutera Daerah

" KECIL BAGI KITA , BESAR BAGI RAKYAT"