Polisi Keselamatan

Ditulis pada .

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.

Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.

Khususnya, dasar Jabatan ialah:

  • Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat;
  • Untuk mempastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan;
  • Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk mempastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi;
  • Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan dan lain-lain keperluan mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan yang diluluskan;
  • Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan
  • Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.

Jabatan yakin bahawa keselamatan dan kesihatan yang dipertingkatkan secara berterusan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan penggunaan cara kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah mempastikan kejayaan misi kita.