Anugerah Pencapaian JKRS

Ditulis pada .

Mengenal Jenayah Phishing

Ditulis pada .

DALAM pengkomputeran, phishing adalah satu cubaan jenayah bagi mendapatkan maklumat sensitif seperti kata kunci, dan maklumat kad kredit dengan menyerupai entiti yang dipercayai dalam laman-laman web di Internet. Biasanya perbankan atas talian (online banking), Maybank2u, cimbclicks, eBay, Pay Pal menjadi sasaran.                                                                                                                                                           Phishing biasanya dilakukan melalui penghantaran e-mail atau mesej segera (Instant Message) dan biasanya membawa pengguna terus memberikan maklumat peribadi mereka di laman web berkenaan.                     Phishing merupakan satu contoh teknik kejuruteraan sosial yang digunakan untuk menipu pengguna. Kejadian phishing yang pertama telah direkodkan pada alt.online-service. America-online Usenet newsgroup pada 2 Januari 1996 walaupun kejadian phishing telah dibincangkan dalam majalah penggodam sebelum itu. Teknik phishing pernah diterangkan secara terperinci pada awal 1987 dalam kertas dan penyampaian di International HP User Group, Interex. Perkataan phishing diambil daripada fishing dan juga phreaking dan penggunaan umpan yang canggih bagi mendapatkan maklumat kewangan dan kata kunci.

Panduan Perlindungan Terhadap Jenayah Pishing

Mengenal Virus Komputer

Ditulis pada .

VIRUS komputer adalah program komputer yang menyalin diri sendiri tanpa kebenaran atau pengetahuan pengguna.

Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis program malware yang berlainan. Virus boleh mengubah salinan atau salinan berkenaan boleh mengubah dirinya sendiri seperti apa yang berlaku dalam virus metamorpik.

Virus hanya boleh bergerak dari satu computer ke komputer lain apabila hos dibawa ke computer yang tidak dijangkiti misalnya oleh pengguna yang secara tidak sengaja menghantarnya menerusi rangkaian atau Internet atau dengan membawa dalam media mudah alih seperti disket floopy, CD atau pemacu USB.

Selain itu virus boleh tersebar kepada komputer la in dengan menjangkiti fail pada rangkaian sistem fail atau sistem fail yang boleh diakses oleh komputer lain.

Kadang-kala virus  disalah erti dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Cecacing boleh tersebar kepada komputer lain tanpa memerlukan hos dan kuda Trojan.Banyak komputer peribadi sekarang disambung dengan Internet dan kepada rangkaian kawasan setempat (LAN) memudahkan penyebaran kod malicious (mencurigakan).

Hari ini virus mungkin juga boleh mengambil kesempatan terhadap perkhidmatan rangkaian seperti world wide web, e-mail dan sistem perisian fail sehingga sukar menentukan antara virus dan cecacing. Terdapat beberapa virus yang diprogramkan untuk memusnahkan komputer dengan memusnahkan program, memadamkan fail atau memformat semula cakera keras.

Sementara yang lain bukan direka untuk melakukan kerosakan tetapi replikasi diri sendiri dan menjadikan kehadirannya diketahui dengan teks, video atau mesej audio.Virus berkenaan boleh menjadi masalah bagi pengguna computer dan mengambil memori computer yang digunakan oleh program sah. Hasilnya ia akan menyebabkan kehilangan data dan kerosakan pada sistem.