Mengenal Virus Komputer

Ditulis pada .

VIRUS komputer adalah program komputer yang menyalin diri sendiri tanpa kebenaran atau pengetahuan pengguna.

Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis program malware yang berlainan. Virus boleh mengubah salinan atau salinan berkenaan boleh mengubah dirinya sendiri seperti apa yang berlaku dalam virus metamorpik.

Virus hanya boleh bergerak dari satu computer ke komputer lain apabila hos dibawa ke computer yang tidak dijangkiti misalnya oleh pengguna yang secara tidak sengaja menghantarnya menerusi rangkaian atau Internet atau dengan membawa dalam media mudah alih seperti disket floopy, CD atau pemacu USB.

Selain itu virus boleh tersebar kepada komputer la in dengan menjangkiti fail pada rangkaian sistem fail atau sistem fail yang boleh diakses oleh komputer lain.

Kadang-kala virus  disalah erti dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Cecacing boleh tersebar kepada komputer lain tanpa memerlukan hos dan kuda Trojan.Banyak komputer peribadi sekarang disambung dengan Internet dan kepada rangkaian kawasan setempat (LAN) memudahkan penyebaran kod malicious (mencurigakan).

Hari ini virus mungkin juga boleh mengambil kesempatan terhadap perkhidmatan rangkaian seperti world wide web, e-mail dan sistem perisian fail sehingga sukar menentukan antara virus dan cecacing. Terdapat beberapa virus yang diprogramkan untuk memusnahkan komputer dengan memusnahkan program, memadamkan fail atau memformat semula cakera keras.

Sementara yang lain bukan direka untuk melakukan kerosakan tetapi replikasi diri sendiri dan menjadikan kehadirannya diketahui dengan teks, video atau mesej audio.Virus berkenaan boleh menjadi masalah bagi pengguna computer dan mengambil memori computer yang digunakan oleh program sah. Hasilnya ia akan menyebabkan kehilangan data dan kerosakan pada sistem.